Syarat-syarat Tempah Servis Elektrik & Mekanikal

 

1. Harga yang dipaparkan adalah harga bagi permohonan di kawasan sekitar Pengkalan Hulu, Baling dan Gerik sahaja.

2. Permohonan untuk servis dan perkhidmatan kami di luar kawasan akan dikenakan Caj Perjalanan.

3. Caj Perjalanan yang dikenakan adalah berdasarkan jarak daripada Pengkalan Hulu ke lokasi pelanggan, dan akan dinyatakan di dalam sebutharga yang akan diberikan oleh Team Mespro.

4. Kadar Harga ‘Caj Perjalanan’ adalah tertakluk seperti berikut: <RM100 – RM150 bagi kawasan dalam negeri (Perak & Kedah)>

5. Sila isi maklumat diri yang lengkap seperti Nama, No. Telefon, Alamat dan jenis servis yang pelanggan mahukan bagi memudahkan Team Pengurusan MESPRO menyediakan pesanan kerja sebelum ke lokasi pelanggan.

 

Syarat-syarat Tempah Servis dan Perkhidmatan Pendawaian Elektrik dan Mekanikal

 

1. Jika pelanggan ingin mendapatkan sebutharga pendawaian elektrik, sila layari laman web kami di www.mesprogroup.com

2. Pihak pelanggan perlu membuat bayaran Deposit terlebih dahulu iaitu sebanyak 50% untuk kerja- kerja elektrik dan 80% untuk kerja-kerja mekanikal sekiranya sebutharga yang diterima dipersetujui oleh pihak pelanggan.

3. Selepas bayaran deposit dibuat, Team Pengurusan akan ‘Deal’ dengan Team Teknikal untuk ke premis pelanggan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami ‘PAKAR KEJURUTERAAN BERTAULIAH’

Syarat-Syarat Permohonan Meter TNB

 

  • Harga yang dipaparkan adalah bagi permohonan di kawasan Pengkalan Hulu, Baling dan Gerik sahaja.
  • Permohonan di luar kawasan akan dikenakan ‘ Onsite Estimation Charges’ iaitu caj perjalanan.
  • Onsite Estimation Charges adalah berdasarkan jarak daripada Pengkalan Hulu ke premis permohonan dan akan dinyatakan di dalam sebutharga yang akan diberikan oleh Team Mespro.
  • Kadar Harga ‘Onsite Estimation Charges’ seperti berikut: > RM100 – RM150 dalam kawasan (Perak & Kedah)
  • Pihak pelanggan perlu membuat bayaran Caj Proses & Onsite Estimation Charges terlebih dahulu sekiranya sebutharga yang dihantar dipersetujui bagi tujuan ‘Booking Services’.
  • Caj Proses yang dikenakan adalah :
  • RM200 (Permohonan Meter 1 Fasa)
  • RM300 (Permohonan Meter 3 Fasa)
  • Permohonan meter TNB yang ditawarkan adalah bagi kategori premis jenis domestik sahaja iaitu jenis kediaman.
  • Sila pastikan pendawaian elektrik premis telah siap dan lengkap dengan pepasangan Kotak Fius Agihan (KFA), Papan Meter, D-Hook dan Sistem Pembumian sebelum permohonan dibuat.
  • Bagi pelanggan yang telah ‘Booking Services’ , Team Mespro akan berhubung dengan anda bagi penerangan senarai dokumen yang diperlukan.
  • Sila tinggalkan nama dan nombor telefon untuk pihak kami hubungi bagi pengesahan dan penghantaran sebutharga.Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami ‘Mohon Meter TNB’ [Powered By Mespro]